Archive for September, 2008

Kawan Sejati

Posted in Kehidupan Ini, Memori on September 15, 2008 by sweetylittlebooboo
My Besties

My Besties

Friendship isn’t always easily described. The Eskimos, they say, have a hundred different words for snow. Unfortunately, the English language isn’t quite as innovative, though it has vast opportunities to differentiate meaning. Certainly, Love is one of those opportunities. And so, too, is Friendship. Instead of different words, however, we’re stuck with simple adjectives. Close friend. Best friend. Childhood friend. Intimate friend. Trusted friend. Beloved friend. But whether you use adjectives or different words, few could deny the nearly infinite meaning in such a simple word. Friends are special people. We can’t pick our family, and we’re sorely limited in the number of them at any rate. Society and mores (and often our own conscience) dictate we select a single mate. But our friends can be as diverse and infinite as the adjectives we choose. Our friends, in a very real sense, reflect the choices we make in life.

Bak kata pepatah “Kadangkala kawan-kawan menggembirakan, kadangkala menyakitkan.”
Walau bagaimanapun, saya tetap sayang kamu kerana kamu sentiasa di sisi saya tak kira susah ataupun senang.

For my girls and also known as my love besties, I always love you all soo much and remembered that me always miss and will be here for u ~ dedicated to my kechik ~ ijan ~ teh 🙂

Advertisements

Hargai Lah Seorang Isteri

Posted in Oh! Insan Bergelar Wanita on September 3, 2008 by sweetylittlebooboo

Betapa mulianya seorang isteri disisi Allah dan kita tahu cuma kita masih abaikan semua ini. Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak dalam perhubungan Islam. Kita juga tahu rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai seseorang isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah betapa buruk mana isteri anda, tetapi mereka berhak kasih sayang dari individu yang bergelar suami dan kamu, sayangilah mereka seumpama kamu menyayangi diri sendiri.

Pada pendapat saya, beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini kerana dialah umat yang bekerja dengan Tuhan ibarat ‘kilang ‘ manusia, tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh, kadangkala 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak diwajibkan sembahyang tetapi Allah s.a.w anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Mereka juga diberi cuti bersalin sehingga 60 hari, bagaimanapun cuti yang Allah s.a.w berikan adalah sebab dia telah bekerja dengan Allahs.a.w. Sepanjang wanita mengandung
Allah s.a.w sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita dan marilah kita pegang kepada tali Allah s.a.w. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga betapa beruntungnya menjadi seorang wanita.

Walau bagaimanapun, untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya akan diberikan pahala kepada si isteri tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat kelak seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala yang diberikan kepadanya kerana bertanggungjawab di atas segala kebaikan suaminya tanpa disedari olehnya. Manakala suami pula mempunyai bertanggungjawab terhadap segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik sepenuhnya.

Sesunggunya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki agar hampir kepada kamu (lelaki), manakala lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita supaya dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

 

“Wahai Tuhan…
ku tak layak ke syurgamu …
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…
kamilah hamba yang mengharap belas darimu …
“Ya Allah…jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua  ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia”……
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di  sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai…
kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): “Wahai manusia!
Ucaplah  ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!”

 

Marilah kita ucapkan kalimah ini: “Laa ilaaha illallah!” x 10

Supaya tenang hidup ini… 🙂