Archive for June, 2009

Square Watermelons and Lessons – a very good read indeed!!!

Posted in Kehidupan Ini, Sekadar Renungan on June 24, 2009 by sweetylittlebooboo

Japanese grocery stores had a problem. They are much smaller than shops in the USA and therefore don’t have room to waste. Watermelons, big and round, wasted a lot of space. Most people would simply tell the grocery stores that watermelons grow round and there is nothing that can be done about it. That is how majority of people would respond. But some Japanese farmers took a different approach. If the supermarkets wanted a square watermelon, they asked themselves, ‘How can we provide one?’ It wasn’t long before they invented the square watermelon.

The solution to the problem of round watermelons was not to solve as the farmers did not assume it was impossible – and simply asked how it could be done. They found out that if you put the watermelon in a square box when they are growing, the watermelon will take on the shape of the box -and grow into a square fruit.

This made the grocery stores happy and had the added benefit that it was much easier and cost effective to ship the watermelons. Consumers also loved them because they took less space in their refrigerators which are much smaller than those in the US meaning that the growers could charge a premium price for them…

What does this have do with anything in life or at your job? There are a few Lessons that can you can take away from this story which help you :

Don’t Assume:
The major problem was that most people had always seen round watermelons so they automatically assumed that square watermelons were impossible before even thinking about the question. Things that you have been doing a certain way your entire life have taken on the aura of the round watermelon and you likely don’t even take the time to consider if there is another way to do it. Breaking yourself from assuming this way can greatly improve your overall life as you are constantly looking for new and better ways to do things.
This was one of the most difficult things for me to do because most of the assumptions I make, I don’t even realize that I’m making them. They seem perfectly logical on the surface, so I have to constantly
make an effort to question them.

Question habits:
The best way to tackle these assumptions is to question your habits. If you can make an effort to question the way you do things on a consistent basis, you will find that you can continually improve the way that you work. Forming habits when they have been well thought out is usually a positive thing, but most of us
have adopted our habits from various people and places without even thinking about them. I have changed a large number of habits that I have had after taking the time to question them and continue to do so. Some of them I have know idea where they came from while others I can trace to certain people or instances in my life. It’s a never ending process, but by doing this, you can consistently strive toward making all aspects of your life more enjoyable instead of defaulting to what you have now.

Be creative:
When faced with a problem, be creative in looking for a solution. This often requires thinking outside the box. Most people who viewed this question likely thought they were being asked how they could genetically alter water melons to grow square which would be a much more difficult process to accomplish. By looking at the question from an alternative perspective, however, the solution was quite simple. Being creative and looking at things in different ways in all portions of your live will help you find solutions to many problems where others can’t see them. I am not a creative person, but I’ve found that the more that you look at things from different perspectives, the more creative I have become. It’s a learned art and builds upon itself.

Look for a better way:
The square watermelon question was simply seeking a better and more convenient way to do something. The stores had flagged a problem they were having and asked if a solution was possible. It’s impossible to find a better way if you are never asking the question in the first place. I try to ask if there is a better way
of doing the things that I do and I constantly write down the things I wish I could do (but currently can’t) since these are usually hints about steps I need to change. Get into the habit of asking yourself, ‘Is there a better way I could be doing this?’ and you will find there often is. Impossibilities often aren’t :If you begin with the notion that something is impossible, then it obviously will be for you. If, on the other hand, you decide to see if something is possible or not, you will find out through trial and error. Take away the lessons from the square watermelons and apply them to all areas in your life (work, finances, relationships, etc) and you will find that by consistently applying them, you will constantly be improving all aspects of your life.
I am sure we can bring about change if we really want to.

Advertisements

Harga sebuah kereta dan ANAK…

Posted in Uncategorized on June 19, 2009 by sweetylittlebooboo

Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar – meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya… kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, “Siapa punya kerja ni?” Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan “Tak tahu… !” “Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?” herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata “Ita buat ayahhh…. cantik kan !” katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya..

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak… Pembantu rumah mengadu. “Sapukan minyak gamat tu!” balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. “Ita demam…. ” jawap pembantunya ringkas. “Bagi minum panadol tu,” balas si ibu..

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. “Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap” kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.. “Tiada pilihan..” katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. “Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah” kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.. “Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.” katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. “Ita juga sayang Kak Narti..” katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

“Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,” katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

ANTARA ANAK DAN KERETA…YANG MANA LEBIH BEHARGA…