……Adakah Perempuan Insan Lemah….???

Saban hari, semakin sakit hati dan malas nak ke pejabat…Tak tahu kenapa perasaan ini wujud dihati???….Adakah sudah jemu dengan pekerjaan ini? Tapi tidak sebenarnya, me terlalu sukakan keje ni, namun ada beberapa perkara yang buat me rasa seolah-olah tak diendahkan.

Me ingat lagik waktu me mula2 keje, me ingin mengisi masa lapang sebelum menyambung pelajaran di peringkat ijazah ataupun menerima tawaran keje yang lebih baik. Me hanya bekerja dengan jawatan pembantu penyelaras sahaja dengan gaji sebanyak RM700 walaupun mempunyai diploma. Tapi me tak kesah sebab me suka keje ni, sebab me boleh kenal dan belajar berinteraksi dengan orang ramai. Sebab me tau, me agak pendiam dan berat mulut untuk berkata-kata dengan orang yang tidak rapat dengan me. Oleh sebab tu, melalui keje ni sedikit sebanyak me dapat belajar semua perkara. Me kenal ramai orang dengan pelbagai ragam.

Tak sampai beberapa bulan, unit me digabungkan dan secara automatik me dinaikkan jawatan. Alhamdulillah, ini mungkin rezeki me kerna kalau diikutkan me tak dapat tapi disebabkan salah seorg staff ingin menyambung pelajarannya, maka jawatan itu milik me….Itu apa yang sering diperkatakan org lain terhadap me. Namun me tak hiraukan, cos rezeki di mana2…biarlah apa yang org cakapkan…

Tahun 2009, segala-galanya berubah….dari seorang kawan berubah menjadi lawan….dari seorang rajin berubah menjadi pemalas….Itu apa yang me rasakan skang dan berbeku dihati ni terlalu lama…Me sedih sebab kawan yang rapat dulu telah mulai renggang hanya kerana hasutan pihak ketiga dan prestasi keja. Bila melibatkan prestasi keja, semua mula tidak puas hati dan mula mengata keburukan masing-masing. Me x kesah kalau dorg nak bersaing dengan me, tapi biarlah secara adil dan bersih. Jangan sekali-kali menabur fitnah dan kata-kata yang menyakitkan hati. Tambahan pula, bila kata-kata tu, me tak dgr sendiri tapi disampaikan oleh org luar. Terasa berbukam aje hati ni. Nak dimarah tak sampai hati. Me tak suka nak marah-marah sangat sebab me tau kalau me marah or meradang boleh buat org lain benci me. Me taknak org benci me, sbb me ssh nak benci org. Tak kisah berapa byk org tu buat me, me tetap treat them nice especially in works cos me jenis think & do it professional. No hard feeling.

Tapi apakan daya, semua ni hanya me boleh bertahan smpi pertengahan tahun sahaja. Me jadi insan yang lemah selepas kematian arwah Mak Ndak dan kebetulan terlalu banyak perkara yang berlaku dalam pada masa yang sama. Tetiba me rasa seolah-olah me jatuh ditimpa tangga, tinggal belum dihempap bangunan aje…..Terlalu banyak dugaan yang me hadapi dalam tahun ni. Terasa jiwa & diri ini dah tak mampu bertahan lagik. Keadaan semakin huru-hara apabila nama me seringkali dipetik-petik org hanya kononnya disebabkan perangai me. Me mengaku me bukan baik mana, me clubbing & smoking. So what? Jahat & buruk sgt ke dimata org?….For me, jahat & buruk org bukan manusia yang menilai, hanya Tuhan yang Satu yang berhak menilai pahala & dosa setiap umatnya. Kita sebagai umatnya hanya perlu menjalankan segala apa yang telah Tuhan amanatkan. For me, semua itu terpulang pada individu itu sendiri.

Cuba kita fikir semula, ada org keja merompak sana sini tapi selalu bantu org lain…mungkin duit yang diberikan tidak halal tapi niat dihati masih suci…Ini kan pula orang yang tutup diri penuh sempurna tapi hari-hari menabur fitnah & anyam ketupat perihal orang lain. Pada me, sama je kesimpulan yang dibuat. Baik yang ni, buruk yang ni, baik yg sana, buruk yg sana…..So takde perbezaan antara semua org…Kite hanya perlu sedar kedudukan kite dan beringat, kite bukannya sempurna….masih ada kekurangan yang perlu dibaiki.

Berbalik pada luahan hati me…Apa yang me rasa skang, kesenangan di tempat keja berubah menjadi bahang dan kesesakan untuk bernafas walaupun hanya seketika di dalam ofis. Me pun tak tahu kenapa perkara ni jadi sebegini. Cuma me terkilan, disebabkan me tak banyak buka mulut, selalu me diperlekehkan. Kekdg me rasa me tak perlu tunjuk pandai sebab ini lagi mendatangkan kemarahan mereka. Sampaikan satu masa, org boleh berkata me pandai aircond “Boss” dan pandai layan org ni, org tu….Secara jujur me katakan, me tak pandai buat semua tu, me lagik suka berterus-terang dan fikir secara rasional dan memberi pendapat kepada semua org. Namun, me tak sangka semua itu, disalahertikan.

Pada mulanya me tak endahkan tapi makin lama makin menjadi2…Adakah sebab me seorg perempuan? Dan tak layak diberi tanggungjawab or beban keje untuk sesuatu program?….Jika dipertanggungjawabkan, mesti org fikir me banyak bodek org atasan….For me, it is nonsense. I want to do it cos i want to learn and still learning process. Cos, now kita hidup zaman alaf baru, why fikiran nak mcm dahulu kala? Think positive la and move forward, one step ahead…Not do it backward…Tak kan nak hidup ni takuk yg lama. Mcm mana pun, me tetap bersyukur dan berdoa agar me tabah hadapi semua dugaan ni. Me akan cuba kuatkan semangat tak hiraukan semua ni…For those yg baca blog ni, me hanya ingin luahkan perasaan me sahaja. Bukan untuk menyakitkan hati sesiapa. Mungkin cara ni sahaja yg dpt melegakan hati dan melapangkan apa yg terbuku dihati me. Me mohon maaf jika tersilap kata dan terkasar budi bahasa. Doakan me tabah hadapi semua dugaan dalam kehidupan ini dan menemui kebahagiaan dan ketenangan hati.

Sekian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: