Archive for the Sekadar Renungan Category

……Adakah Perempuan Insan Lemah….???

Posted in Coretan Harian, Kehidupan Ini, Oh! Insan Bergelar Wanita, Sekadar Renungan with tags , on December 23, 2009 by sweetylittlebooboo

Saban hari, semakin sakit hati dan malas nak ke pejabat…Tak tahu kenapa perasaan ini wujud dihati???….Adakah sudah jemu dengan pekerjaan ini? Tapi tidak sebenarnya, me terlalu sukakan keje ni, namun ada beberapa perkara yang buat me rasa seolah-olah tak diendahkan.

Me ingat lagik waktu me mula2 keje, me ingin mengisi masa lapang sebelum menyambung pelajaran di peringkat ijazah ataupun menerima tawaran keje yang lebih baik. Me hanya bekerja dengan jawatan pembantu penyelaras sahaja dengan gaji sebanyak RM700 walaupun mempunyai diploma. Tapi me tak kesah sebab me suka keje ni, sebab me boleh kenal dan belajar berinteraksi dengan orang ramai. Sebab me tau, me agak pendiam dan berat mulut untuk berkata-kata dengan orang yang tidak rapat dengan me. Oleh sebab tu, melalui keje ni sedikit sebanyak me dapat belajar semua perkara. Me kenal ramai orang dengan pelbagai ragam.

Tak sampai beberapa bulan, unit me digabungkan dan secara automatik me dinaikkan jawatan. Alhamdulillah, ini mungkin rezeki me kerna kalau diikutkan me tak dapat tapi disebabkan salah seorg staff ingin menyambung pelajarannya, maka jawatan itu milik me….Itu apa yang sering diperkatakan org lain terhadap me. Namun me tak hiraukan, cos rezeki di mana2…biarlah apa yang org cakapkan…

Tahun 2009, segala-galanya berubah….dari seorang kawan berubah menjadi lawan….dari seorang rajin berubah menjadi pemalas….Itu apa yang me rasakan skang dan berbeku dihati ni terlalu lama…Me sedih sebab kawan yang rapat dulu telah mulai renggang hanya kerana hasutan pihak ketiga dan prestasi keja. Bila melibatkan prestasi keja, semua mula tidak puas hati dan mula mengata keburukan masing-masing. Me x kesah kalau dorg nak bersaing dengan me, tapi biarlah secara adil dan bersih. Jangan sekali-kali menabur fitnah dan kata-kata yang menyakitkan hati. Tambahan pula, bila kata-kata tu, me tak dgr sendiri tapi disampaikan oleh org luar. Terasa berbukam aje hati ni. Nak dimarah tak sampai hati. Me tak suka nak marah-marah sangat sebab me tau kalau me marah or meradang boleh buat org lain benci me. Me taknak org benci me, sbb me ssh nak benci org. Tak kisah berapa byk org tu buat me, me tetap treat them nice especially in works cos me jenis think & do it professional. No hard feeling.

Tapi apakan daya, semua ni hanya me boleh bertahan smpi pertengahan tahun sahaja. Me jadi insan yang lemah selepas kematian arwah Mak Ndak dan kebetulan terlalu banyak perkara yang berlaku dalam pada masa yang sama. Tetiba me rasa seolah-olah me jatuh ditimpa tangga, tinggal belum dihempap bangunan aje…..Terlalu banyak dugaan yang me hadapi dalam tahun ni. Terasa jiwa & diri ini dah tak mampu bertahan lagik. Keadaan semakin huru-hara apabila nama me seringkali dipetik-petik org hanya kononnya disebabkan perangai me. Me mengaku me bukan baik mana, me clubbing & smoking. So what? Jahat & buruk sgt ke dimata org?….For me, jahat & buruk org bukan manusia yang menilai, hanya Tuhan yang Satu yang berhak menilai pahala & dosa setiap umatnya. Kita sebagai umatnya hanya perlu menjalankan segala apa yang telah Tuhan amanatkan. For me, semua itu terpulang pada individu itu sendiri.

Cuba kita fikir semula, ada org keja merompak sana sini tapi selalu bantu org lain…mungkin duit yang diberikan tidak halal tapi niat dihati masih suci…Ini kan pula orang yang tutup diri penuh sempurna tapi hari-hari menabur fitnah & anyam ketupat perihal orang lain. Pada me, sama je kesimpulan yang dibuat. Baik yang ni, buruk yang ni, baik yg sana, buruk yg sana…..So takde perbezaan antara semua org…Kite hanya perlu sedar kedudukan kite dan beringat, kite bukannya sempurna….masih ada kekurangan yang perlu dibaiki.

Berbalik pada luahan hati me…Apa yang me rasa skang, kesenangan di tempat keja berubah menjadi bahang dan kesesakan untuk bernafas walaupun hanya seketika di dalam ofis. Me pun tak tahu kenapa perkara ni jadi sebegini. Cuma me terkilan, disebabkan me tak banyak buka mulut, selalu me diperlekehkan. Kekdg me rasa me tak perlu tunjuk pandai sebab ini lagi mendatangkan kemarahan mereka. Sampaikan satu masa, org boleh berkata me pandai aircond “Boss” dan pandai layan org ni, org tu….Secara jujur me katakan, me tak pandai buat semua tu, me lagik suka berterus-terang dan fikir secara rasional dan memberi pendapat kepada semua org. Namun, me tak sangka semua itu, disalahertikan.

Pada mulanya me tak endahkan tapi makin lama makin menjadi2…Adakah sebab me seorg perempuan? Dan tak layak diberi tanggungjawab or beban keje untuk sesuatu program?….Jika dipertanggungjawabkan, mesti org fikir me banyak bodek org atasan….For me, it is nonsense. I want to do it cos i want to learn and still learning process. Cos, now kita hidup zaman alaf baru, why fikiran nak mcm dahulu kala? Think positive la and move forward, one step ahead…Not do it backward…Tak kan nak hidup ni takuk yg lama. Mcm mana pun, me tetap bersyukur dan berdoa agar me tabah hadapi semua dugaan ni. Me akan cuba kuatkan semangat tak hiraukan semua ni…For those yg baca blog ni, me hanya ingin luahkan perasaan me sahaja. Bukan untuk menyakitkan hati sesiapa. Mungkin cara ni sahaja yg dpt melegakan hati dan melapangkan apa yg terbuku dihati me. Me mohon maaf jika tersilap kata dan terkasar budi bahasa. Doakan me tabah hadapi semua dugaan dalam kehidupan ini dan menemui kebahagiaan dan ketenangan hati.

Sekian

My Sister’s Keeper

Posted in Movie, Sekadar Renungan on August 27, 2009 by sweetylittlebooboo

my sister's keeper

Last 2 days I watched this movie on DVD, but now I wanna shared it with everybody about the reviews. From beginning to end, this film is a weeper. Based on Jodi Picoult’s best-seller, it tells the story of a family coping with their teenage daughter’s leukemia. The mother (Cameron Diaz) is so obsessed with doing everything possible to keep her daughter, Kate (Sofia Vassilieva), alive, that she and her husband (Jason Patrick) went so far as to conceive another child genetically engineered to be a donor for her sister. When Kate needs a kidney transplant, Anna (Abagail Breslin), now 11, visits an attorney (Alec Baldwin) to sue for medical emancipation: she wants to make her own medical decisions. She does not want to be forced to donate a kidney. Patrick and Diaz create a believable couple—a couple who are in crisis along with their dying daughter. I did have some trouble believing that a mother would consider forcing one child to donate a kidney to the other with no thought to the consequences. I just had to accept that she was so focused on keeping Kate alive that she didn’t really think about the effect on Anna, or on anyone else in the family. Breslin, so adorable in Little Miss Sunshine, is turning into an accomplished actor. We were also impressed with Vassilieva. Director Nick Cassavetes seems to have a fondness for tear-jerkers. One critic commented that My Sister’s Keeper requires more Kleenex than his previous weeper-hit, The Notebook. He’s a creative filmmaker and tries his best to bring some depth to the film, but the story is anything but subtle and fights him at every turn. I must admit, though, that I’m not immune to manipulation. I went into my purse for Kleenex several times. But from the opening to the closing credits, I felt manipulated and so did Gary. Although the film is beautifully photographed and acted, we can’t grade it higher than a B-. If you are in need of a good cry, or if you are a fan of the novel, you‘ll probably want to see My Sister‘s Weeper—sorry, that’s Keeper. GRADE B-

Kelebihan Solat Tarawih…

Posted in Kehidupan Ini, Sekadar Renungan on August 24, 2009 by sweetylittlebooboo
  1. 1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

  1. 2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

  1. 3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

  1. 4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

  1. 5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

  1. 6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

  1. 7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa A.S serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

  1. 8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

  1. 9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

  1. 10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

  1. 11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

  1. 12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

  1. 13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan

  1. 14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

  1. 15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

  1. 16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

  1. 17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

  1. 18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

  1. 19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

  1. 20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

  1. 21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya

  1. 22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

  1. 23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya

  1. 24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

  1. 25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

  1. 26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

  1. 27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

  1. 28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

  1. 29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

  1. 30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Renungan Bersama…

Posted in Kehidupan Ini, Sekadar Renungan on August 24, 2009 by sweetylittlebooboo

Morning everybody…now 7.11am at the office…wahhh…mcm x caya dtg awal ke ofis 😛 …Everybody not coming  yet, so i just browse my email (lama dah x buka..hehe), suddenly tertarik with one of my friend nye email —> kechik, so i think i can share it with everybody here. Thanks for reading it 🙂

***  Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la…

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, “lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu…dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?”

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, Ustaz tu pun jelaskan .”perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?” tanya ustaz.

“Ah…mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..” rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:“Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. “

Maksud Tersirat ~ Aquarius

Posted in Kehidupan Ini, Sekadar Renungan on August 23, 2009 by sweetylittlebooboo

🙂 Suddenly I want to know about me better, my own star which is Aquarius…hikhikhik…dah xde keje 😛

Eleventh Sign of the Zodiac

Your Element : Air

Your Ruling Planets : Saturn & Uranus

The Tarot Card Corresponding to Your Sign : The Star

Your Lucky Color : Purple

Your Stone : Black Pearl

Like all air signs you are remarkably adaptable, as you like change, movement and novelty of all kinds. Your behavior may at times appear casual and unreliable and you may sometimes be accused of being elusive, but your principal characteristic is that of belonging to both Saturn and Uranus.

The first of these planets leads you to look to the past from which you have difficulty detaching yourself. You tend to dwell on past failures and, instead of drawing from them useful lessons for the future, you allow yourself to be dominated by regret. Uranus, on the other hand, gives you a certain originality, a taste for discovery and a capacity for taking chances.

Until this issue if resolved your main problem will be your tendency to look towards the past with consequent indecisiveness. You hesitate to take action and when you do it is often untimely. You hesitate between the desire to overthrow and change everything and that of preserving the status quo with the result that you may spend years wandering as much in your sentimental as in your material life.

Your relations with other signs:

You do not relate well with the earth signs: Taurus, Virgo and Capricorn.

You have more in common with the water signs such as Scorpio and Cancer at the risk of serious tensions especially with Cancer.

You may have some intense relationships with Gemini but these will prove very difficult to maintain on a lasting basis.

This brief and simple analysis may help you in leading your everyday life. To know oneself enables one to maximize one’s strong points and minimize one’s weaknesses.

Successful people are often those who have consciously or unconsciously made the best of their gifts, assets and strengths whilst controlling their weaknesses.

Square Watermelons and Lessons – a very good read indeed!!!

Posted in Kehidupan Ini, Sekadar Renungan on June 24, 2009 by sweetylittlebooboo

Japanese grocery stores had a problem. They are much smaller than shops in the USA and therefore don’t have room to waste. Watermelons, big and round, wasted a lot of space. Most people would simply tell the grocery stores that watermelons grow round and there is nothing that can be done about it. That is how majority of people would respond. But some Japanese farmers took a different approach. If the supermarkets wanted a square watermelon, they asked themselves, ‘How can we provide one?’ It wasn’t long before they invented the square watermelon.

The solution to the problem of round watermelons was not to solve as the farmers did not assume it was impossible – and simply asked how it could be done. They found out that if you put the watermelon in a square box when they are growing, the watermelon will take on the shape of the box -and grow into a square fruit.

This made the grocery stores happy and had the added benefit that it was much easier and cost effective to ship the watermelons. Consumers also loved them because they took less space in their refrigerators which are much smaller than those in the US meaning that the growers could charge a premium price for them…

What does this have do with anything in life or at your job? There are a few Lessons that can you can take away from this story which help you :

Don’t Assume:
The major problem was that most people had always seen round watermelons so they automatically assumed that square watermelons were impossible before even thinking about the question. Things that you have been doing a certain way your entire life have taken on the aura of the round watermelon and you likely don’t even take the time to consider if there is another way to do it. Breaking yourself from assuming this way can greatly improve your overall life as you are constantly looking for new and better ways to do things.
This was one of the most difficult things for me to do because most of the assumptions I make, I don’t even realize that I’m making them. They seem perfectly logical on the surface, so I have to constantly
make an effort to question them.

Question habits:
The best way to tackle these assumptions is to question your habits. If you can make an effort to question the way you do things on a consistent basis, you will find that you can continually improve the way that you work. Forming habits when they have been well thought out is usually a positive thing, but most of us
have adopted our habits from various people and places without even thinking about them. I have changed a large number of habits that I have had after taking the time to question them and continue to do so. Some of them I have know idea where they came from while others I can trace to certain people or instances in my life. It’s a never ending process, but by doing this, you can consistently strive toward making all aspects of your life more enjoyable instead of defaulting to what you have now.

Be creative:
When faced with a problem, be creative in looking for a solution. This often requires thinking outside the box. Most people who viewed this question likely thought they were being asked how they could genetically alter water melons to grow square which would be a much more difficult process to accomplish. By looking at the question from an alternative perspective, however, the solution was quite simple. Being creative and looking at things in different ways in all portions of your live will help you find solutions to many problems where others can’t see them. I am not a creative person, but I’ve found that the more that you look at things from different perspectives, the more creative I have become. It’s a learned art and builds upon itself.

Look for a better way:
The square watermelon question was simply seeking a better and more convenient way to do something. The stores had flagged a problem they were having and asked if a solution was possible. It’s impossible to find a better way if you are never asking the question in the first place. I try to ask if there is a better way
of doing the things that I do and I constantly write down the things I wish I could do (but currently can’t) since these are usually hints about steps I need to change. Get into the habit of asking yourself, ‘Is there a better way I could be doing this?’ and you will find there often is. Impossibilities often aren’t :If you begin with the notion that something is impossible, then it obviously will be for you. If, on the other hand, you decide to see if something is possible or not, you will find out through trial and error. Take away the lessons from the square watermelons and apply them to all areas in your life (work, finances, relationships, etc) and you will find that by consistently applying them, you will constantly be improving all aspects of your life.
I am sure we can bring about change if we really want to.

Mengapa Melayu Suka Berdengki?

Posted in Kehidupan Ini, Sekadar Renungan on May 28, 2009 by sweetylittlebooboo

Seringkali apabila dibincangkan mengenai “hasad dengki” bangsa Melayu menjadi rujukan. Hasad dengki seolah-olah sudah menjadi ’sinonim’ dengan masyarakat Melayu. Apakah bangsa lain selain Melayu tidak mempunyai sifat hasad dengki?. Memang hasad dengki itu merupakan ‘penyakit’ yang menimpa semua golongan bangsa di dunia ini.. namun persoalannya mengapakah ia begitu ketara dalam kalangan masyarakat Melayu berbanding masyarakat lain di Malaysia?. Sehinggakan apabila dibuat perbandingan ’sifat dengki’ di antara masyarakat  Cina dan masyarakat Melayu di Malaysia, sudah tentu setiap tangan akan menuding kepada orang Melayu!.

Mengapakah terjadi sedemikian? Mengapakah segelintir manusia dalam masyarakat Melayu terus menghiaskan jiwa dan diri mereka dengan perasaan kotor hasad dengki itu sedangkan dalam masa yang sama menyedari bahawa ajaran Islam yang suci murni ini sentiasa memerangi sifat mazmumah tersebut?!. Sebenarnya, apakah itu hasad dan dengki? Hasad atau dengki ialah penyakit hati yang paling berbahaya yang terdapat pada manusia. Merujuk kepada kamus ‘al-mu’jam al’-Arabi al-Asasi’, hasad ditakrifkan sebagai suatu sifat dalam diri seseorang yang mengharapkan supaya nikmat yang ada pada seseorang itu berpindah kepadanya atau terhapus daripada orang itu. Hasad atau dengki juga merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan. Sifat dengki yang telah bertapak ‘kukuh’ dalam masyarakat Melayu telah berkembang dari semasa ke semasa.

Oleh itu, tidak hairan apabila didapati seorang Melayu yang agak berjaya dalam perniagaan contohnya, telah menjadi objek untuk dibenci dan didengki. Bukan itu sahaja, bahkan jatuh bangunnya seseorang pemimpin, kadang-kadang timbul hasil daripada hasad dengki. Kedengkian terhadap ‘kemenangan’ seseorang pemimpin itu tidak dapat diterima dengan reda. Sebaliknya kedengkian yang menguasai diri menyebabkan usaha dibuat agar menjatuhkan kembali pemimpin tersebut walau dengan cara yang ‘kotor’ dengan menyekat bantuan, peruntukan dan sebagainya walau terpaksa mengorbankan kepentingan rakyat dan masyarakat ramai yang lain. Hasad dengki juga telah menyebabkan jiran bertelingkah dan kawan menjadi musuh. Terdapat jiran yang tidak senang hati apabila melihat jiran sebelahnya membeli perabot baru, menukar kereta baru dan sebagainya.

Persaingan di tempat kerja untuk mendapatkan pangkat dan kedudukan di sisi majikan juga dapat membibitkan perasaan hasad dengki di antara teman sekerja. Apa yang lebih dahsyat, seseorang yang tidak berjaya memusnahkan saingannya secara terbuka akibat hasad dengki yang meluap-luap, bertindak menggunakan  ilmu hitam dan sihir seperti santau dan sebagainya. Ini semua sudah tentu mengundang kecelakaan di dunia dan di akhirat.

Orang Melayu yang mempunyai hasad dengki sebenarnya sama ada secara sedar atau pun tidak telah mewarisi sifat dan perangai iblis yang dimurkai Allah s.w.t. Ini kerana makhluk pertama yang menonjolkan hasad dan dengki ialah Iblis. Ketika Allah s.w.t. memerintahkan para malaikat dan Iblis sujud kepada nabi Adam, para malaikat mematuhi perintah Allah s.w.t., manakala Iblis mengingkarinya kerana berasa iri hati dan dengki terhadap nabi Adam dan berasa bahawa dia lebih baik daripada nabi Adam. Akibat kesombongan Iblis itu, Allah s.w.t. mengisytiharkannya sebagai penghuni neraka.

Justeru, apakah masyarakat Melayu kini yang sudah mendapat nikmat Islam dan Iman sanggup merelakan diri untuk menjadi ‘pewaris’ kepada Iblis dengan terus bergelumang dengan hasad dan dengki ini? Tepuk dada, tanya Iman!. Oleh yang demikian, menjadi suatu kemestian bagi masyarakat Melayu kini terutama bagi mereka yang sentiasa diulit dengan hasad dengki untuk kembali menghayati ajaran Islam yang murni agar sifat dengki yang tercela tersebut dapat dibuang dari dalam diri.

Hal ini kerana hasad dengki hanya akan menyebabkan terhapusnya amalan baik yang pernah dilakukan oleh seseorang. Apabila seorang Muslim melakukan kebaikan, dia akan beroleh pahala. Malangnya, apabila dia mempunyai sifat dengki terhadap orang lain, amalan-amalan kebaikan yang pernah dilakukannya akan terhapus disebabkan perasaan dengki tersebut. Rasullullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Dengki ialah menghapuskan serta membinasakan segala kebajikan dan kebaikan, sebagaimana api yang membakar dan menghanguskan kayu”. (Hadis Riwayat Abu Daud). Sewajarnya juga setiap individu Muslim menyedari bahawa hasad dan dengki membawa kemudaratan dan kecelakaan yang besar bukan sekadar di akhirat, malahan kemudaratan juga akan berlaku di dunia lagi.

Mudarat dengki di dunia ialah seseorang yang berdengki itu akan berada dalam dukacita dan ’susah hati’ kerana tidak seronok melihat kebahagiaan orang lain, lalu jiwanya menjadi tidak tenang dan tidak tenteram selagi orang yang didengki itu terus mendapat nikmat dan kebaikan. Jiwa yang tenang dan resah-gelisah itu sudah tentu akan mengundang pelbagai penyakit dan implikasi yang buruk. Manakala di akhirat pula, dia akan mendapat balasan ’seksa’ sekiranya tidak bertaubat daripada sifat dengki yang tercela itu.